SELANGOR

Sidang DNS Selangor lulus usul kutuk serangan pengganas Christchurch

20 Mac 2019, 4:50 AM
Sidang DNS Selangor lulus usul kutuk serangan pengganas Christchurch

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 MAC: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul mengutuk serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu sehingga mengorbankan 50 nyawa termasuk kanak-kanak.

Usul tergempar terbabit dibentangkan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Saari dalam pembentangan usul itu berkata, asas kepada kutukan terbabit kerana perlakuan penyerang yang tidak bertamadun sehingga sanggup menyerang individu tidak bersenjata di dalam rumah ibadat.

"Ini adalah perbuatan keji dan tidak bermaruah, golongan ekstremisme ideologi dan radikalisme agama dilihat akan merebak sekiranya ia tidak ditangani," katanya ketika Sidang DNS, di sini, hari ini.

Saari berkata, justeru, Kerajaan Negeri diseru supaya memperkukuhkan dasar dan keharmonian hidup di antara agama, bangsa dan budaya di negeri ini terus kukuh.

"Masjid dan surau di seluruh Selangor juga boleh menjadi landasan untuk menyebarkan mesej keamanan dan persaudaraan serta menghilangkan prejudis yang menebal terhadap agama dan bangsa lain.

"Kefahaman hidup bertoleransi serta kesederhanaan dalam hubungan masyarakat perlu diperkukuhkan dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619