SELANGOR

LGBT tidak diiktiraf semua agama - ADN Meru

19 Mac 2019, 8:08 AM
LGBT tidak diiktiraf semua agama - ADN Meru

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MAC: Kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tidak pernah diiktiraf Kerajaan Pusat mahupun negeri.

Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, malah, perhimpunan yang dilakukan juga bukan atas keizinan kerajaan.

"Bukan sahaja tidak diiktiraf pada Kerajaan Pusat dan Negeri, kumpulan LGBT juga tidak diterima dalam mana-mana agama," katanya.

Beliau berkata demikian bagi membidas ucapan Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mohd Fakhrulrazi dengan sinis juga berkata, demonstrasi sedemikian tidak pernah dilakukan golongan itu sebelum ini berkemungkinan disebabkan hak mereka dilindungi.

"Jika kita lihat sekarang Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengadakan operasi dengan lebih kerap sehingga menyebabkan golongan itu tertekan.

"Mungkin dulu tiada tekanan kerana operasi kurang, agaknya dahulu mereka (LGBT) terjaga," katanya.

Rizam sebelum itu ketika ucapannya mendakwa kononnya perhimpunan LGBT di Dataran Merdeka pada 9 Mac lalu semakin berani dilakukan selepas pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619