NASIONAL

Polis tingkat rondaan di sekitar Pasir Gudang

17 Mac 2019, 4:34 AM
Polis tingkat rondaan di sekitar Pasir Gudang

JOHOR BAHARU, 17 MAC: Polis menambah jumlah kekerapan rondaan bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rumah yang ditinggalkan oleh penduduk sekitar Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor Baharu Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun polis menambah kekerapan kereta peronda, orang ramai diingatkan agar memaklumkan kepada balai polis berdekatan sebelum pulang ke kampung atau bercuti.

"Orang ramai boleh mengisi borang balik kampung di balai berdekatan atau membuat pendaftaran secara atas talian di Volunteer Smartphone Patrol (VSP)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Khalil turut menasihati orang ramai agar memeriksa suis utama utiliti ditutup dan rumah dikunci sebelum meninggalkan rumah.

"Saya juga nasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga di rumah sebaliknya membawanya bersama," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan kejadian pecah rumah di kawasan Pasir Gudang.

Penduduk sekitar Pasir Gudang mengambil peluang cuti sekolah selepas arahan penutupan seluruh sekolah ekoran insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Tinjauan Bernama beberapa rumah berkunci di sekitar Taman Pasir Putih, Kampung Bukit Pulai, Kota Masai dan beberapa kawasan berdekatan Sungai Kim Kim. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619