NASIONAL

Sisa kimia: Agong zahir rasa simpati kepada mangsa

16 Mac 2019, 6:43 AM
Sisa kimia: Agong zahir rasa simpati kepada mangsa

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor dan mendoakan mereka kembali pulih.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka memandang serius insiden terbabit dan berharap mangsa yang menjalani rawatan saringan awal di Medic Base, Stadium Tertutup Pasir Gudang berupaya menjalani proses pemeriksaan dengan baik.

“Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih dan menyokong tindakan segera yang diambil kerajaan negeri dan agensi berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Jabatan Bomba dan Penyelamat serta jabatan lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Sultan Abdullah turut memohon rakyat Malaysia mendoakan keadaan pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang tidak akan mengakibatkan keadaan yang lebih memudaratkan kepada penduduk setempat.

Sehingga tengah malam tadi, 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, menjadikan jumlah mereka yang masih dirawat di hospital seramai 371 orang.

Setakat 3 petang semalam, seramai 4,035 mangsa menerima rawatan berikutan pencemaran yang berlaku sejak 7 Mac. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619