SELANGOR

Ambil masa empat jam atasi hutan terbakar di Kajang

15 Mac 2019, 4:30 AM
Ambil masa empat jam atasi hutan terbakar di Kajang

KAJANG, 15 MAC: Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam bagi mengawal kebakaran hutan seluas 2.02 hektar di sekitar Taman Bukit Mewah, semalam.

Kebakaran yang berlaku sekitar 6.30 petang itu hanya dapat dikawal kira-kira 10.30 malam tadi selepas bomba menggunakan kaedah 'waterbreak' bagi memadamkan api.

Pusat Gerakan Operasi Selangor dalam kenyataan berkata, seramai 19 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, Pandan dan Cyberjaya terlibat dalam operasi pemadaman hutan berkenaan.

Menurutnya, empat jentera penyelamat (FRT), dua jentera air serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi.

“Ketika jentera pertama sampai, api di kawasan berkenaan sedang marak dan bomba menggunakan kaedah waterbreak untuk memadamkan api.

“Keadaan api sedikit sukar dikawal berikutan keadaan yang gelap...bagaimanapun kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619