SELANGOR

Kerjasama Selangor-ESMT beri tambah nilai pendidikan negeri

13 Mac 2019, 12:42 AM
Kerjasama Selangor-ESMT beri tambah nilai pendidikan negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 13 MAC: Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan European School of Management and Technical (ESMT), di Berlin akan dirangka bagi memberi nilai tambah kepada perkembangan Selangor Business School (SBS).

Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, langkah itu akan membantu Selangor meningkatkan lagi sektor perkhidmatan, khususnya dalam bidang pendidikan.

"Ketika di Berlin, saya sempat melawat ESMT dan mungkin akan ada kerjasama yang akan dirangka. Tidak ketinggalan, saya juga melawat beberapa tempat lain dengan perancangan menjurus kepada teknikal dan vokasional secara keseluruhan di Jerman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Meraikan Pesara 2019 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Dewan Sivik MBPJ di sini, malam tadi.

Tidak ketinggalan, Amirudin bersama EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Rashid Asari turut menghadiri Berlin Internationale Tourism Borse.

Katanya, pada program tahun ini, Malaysia adalah rakan kongsi penganjuran ekspo pelancongan terbesar itu.

"Selangor juga menghantar delegasi yang agak besar diketuai saya sendiri dan kita hadiri beberapa program yang fokus kepada Datuk Rashid selaku EXCO untuk mempromosi negeri sebagai destinasi pelancongan terbaik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619