PBT

Sambutan Hari Wanita tema Jom Picnic Dhuha MBSA

12 Mac 2019, 8:28 AM
Sambutan Hari Wanita tema Jom Picnic Dhuha MBSA

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 12 MAC: Sambutan Hari Wanita menjadi tema dalam program Jom Picnic Dhuha sempena Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam, Ahad lalu.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, membincangkan topik bertajuk 'Pengorbanan dan Kegigihan Seorang Wanita'.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 itu, turut diserikan dengan penampilan seperti Fazleena Hishamuddin (aktivis teater) dan Farrah Adeeb (pengacara/personaliti tv).

"MBSA mengadakan Jom Picnic Dhuha bertemakan sambutan Hari Wanita sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 10 Mac lalu.

"Jom Picnic Dhuha kali ini membincangkan topik ‘Pengorbanan dan Kegigihan Seorang Wanita’ serta cabaran perlu dihadapi mereka," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, MBSA turut mengadakan pertandingan memasak membabitkan warga kerja MBSA dan juga wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

"Selain itu, turut diadakan aktiviti menarik seperti acara ‘Fun Walk’, acara berbasikal, senamrobik, senaman taichi, Klinik Frisbee, Hydrogel Games, Futsal 3On3, Wall Climbing, Obstacles.

"Persembahan pakaian beragam dan aktiviti kebudayaan serta kesenian, persembahan pentas oleh kombo MBSA juga pemeriksaan kesihatan percuma," katanya.

Beliau berkata, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan adalah inisiatif MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida sekali gus mencemar alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619