NASIONAL

Serantau Muslim ucap takziah kepada mangsa Rohingya dipanah petir

11 Mac 2019, 1:21 PM
Serantau Muslim ucap takziah kepada mangsa Rohingya dipanah petir

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 MAC: Serantau Muslim merakamkan ucapan takziah atas kematian seorang lelaki etnik Rohingya yang maut disambar petir, di Shah Alam, petang semalam.

Pengurus Besar Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rohimullah, 19, adalah pemilik kad Pesuruhjaya Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, mangsa yang juga individu berstatus pelarian masih mempunyai ibu bapa, di Myanmar.

"Pihak kami akan memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai supaya mengambil iktibar dengan kejadian ini.

"Kami berharap supaya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga semasa musim yang tidak menentu cuacanya seperti sekarang," katanya dalam kenyataan.

Semalam, seorang warga Myanmar maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak di padang Akademi Badminton Setia Alam, di sini, kira-kira jam 5.05 perang.

Mangsa yang juga penyokong pasukan Rohingya Klang FC (RKFC) disahkan maut di tempat kejadian.

Selain mangsa, seorang lagi penyokong berada dalam keadaan kritikal akibat terkena petir.

Penganjur yang juga pengadil perlawanan, Zainizam Zambri berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619