GLOBAL

Nahas Ethiopian Airlines, Boeing janji tawar bantuan teknikal

11 Mac 2019, 2:21 AM
Nahas Ethiopian Airlines, Boeing janji tawar bantuan teknikal

SAN FRANCISCO, 11 MAC: Gergasi pembuatan pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing, berjanji untuk menawarkan bantuan teknikal kepada Ethiopia susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, yang terhempas sejurus berlepas.

Boeing dalam satu kenyataan ringkas turut mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang menaiki Penerbangan 302 (ET 302) itu.

"Satu pasukan teknikal Boeing akan berlepas ke lokasi nahas untuk memberikan bantuan di bawah arahan Biro Penyiasatan Kemalangan Ethiopia dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional AS," katanya.

Pesawat jenis Boeing 737-800 MAX itu, yang membawa 157 penumpang dan anak kapal terhempas, pada awal pagi Ahad ketika dalam perjalanan ke Nairobi, Kenya, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ethiopian Airlines, Tewolde Gebremariam memaklumkan, bahawa penumpang itu terdiri daripada warganegara dari lebih 30 negara. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619