NASIONAL

Tiada diskriminasi dalam angkatan tentera

9 Mac 2019, 1:49 AM
Tiada diskriminasi dalam angkatan tentera

SHAH ALAM, 9 MAC: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberi jaminan tiada diskriminasi dalam angkatan tentera dan anggota yang tekun akan mendapat ganjaran setimpal.

Katanya, anggota yang berdisiplin dan rajin akan dinaikkan pangkat dan beliau melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian terbabit.

"Saya harap semua kaum akan menyertai angkatan tentera kerana kita rakyat Malaysia. Tanggungjawab mengekalkan keselamatan tidak terletak pada satu kaum sahaja tetapi semua warga," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Terdahulu, beliau menyertai sesi dialog bersama Sinar Harian yang dikendalikan pengacara, Johan Jaafar.

Dalam dialog sama, Mohamad turut mengakui bilangan anggota baru dari kaum Cina masih rendah.

"Kami akan meneruskan kempen. Kami tahu kadar kemasukan dalam kalangan masyarakat India tinggi tetapi dalam kalangan Cina, kita harap lebih ramai (yang menyertai angkatan tentera)," katanya.

Berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi tentera, beliau berkata, perumahan adalah isu besar bagi anggota dan usaha untuk menambah baik keadaan itu sedang berjalan.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat pada masa ini berdepan kekangan belanjawan, namun yakin lebih banyak dana akan diberikan apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

"Baru-baru ini, Kabinet diberi taklimat oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkenaan berhubung pelaburan asing yang kian meningkat.

"Kami berharap ekonomi akan bertambah baik untuk beberapa tahun akan datang dan (maka) dana untuk tentera, termasuk perumahan akan bertambah," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619