SELANGOR

MBPJ lancar Smart PJ Enforcement

8 Mac 2019, 9:59 AM
MBPJ lancar Smart PJ Enforcement
MBPJ lancar Smart PJ Enforcement
MBPJ lancar Smart PJ Enforcement

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PETALING JAYA, 8 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melancarkan aplikasi pintar 'Smart PJ Enforcement' bagi memudahkan pelanggan menyemak dan membayar kompaun secara eletronik.

Datuk Bandarnya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain berkata, dengan aplikasi itu masyarakat Petaling Jaya tidak perlu lagi hadir ke MBPJ untuk membayar dan menyemak kompaun.

Katanya, semua jenis kesalahan di bawah penguatkuasaan majlis boleh dibayar melalui aplikasi itu, kecuali dua kesalahan, iaitu kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan dan kes dalam tindakan mahkamah.

"Kita juga beri tawaran istimewa kepada pengguna aplikasi, bagi kesalahan parkir, jika dibayar dalam tempoh 24 jam, kadar bayaran hanya RM10.

"Bayaran melalui aplikasi ini juga diberi tambahan diskaun 10 peratus," katanya ketika merasmikan Pelancaran Aplikasi Smart PJ Enforcement, di Ibu Pejabat MBSJ, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, MBPJ sedang mengintegrasikan seluruh aplikasi yang dibina kepada satu aplikasi supaya lebih efektif.

Terdahulu, trend pembayaran secara dalam talian melalui ePay@MBSJ meningkat 46.7 peratus pada 2018 berbanding 2017.

Smart PJ Enforcement boleh dimuat turun melalui Play Store, bagi pengguna IOS ia masih dalam pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619