SUKANKINI

Amirul tekad bantu UiTM FC ke Liga Super

6 Mac 2019, 10:25 AM
Amirul tekad bantu UiTM FC ke Liga Super

OLEH NOR UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 6 MAC: Amirul Ashraf tekad untuk membantu pasukan baharunya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC layak ke Liga Super pada musim akan datang.

Pemain pertahanan itu berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi ditonjolkan pasukan Liga Perdana itu dan akan memperbaiki persembahannya dari masa ke semasa.

"Walaupun berdepan saingan hebat dari pasukan lain namun ia tidak mematahkan semangat saya bersama rakan sepasukan bagi membawa UiTM FC ke Liga Super.

"Saya menzahirkan rasa syukur menyertai UiTM FC dan ini adalah satu platform untuk menonjolkan diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di majlis pelantikan Presiden UiTM FC di Dewan Kompleks Sukan UiTM di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, komitmen akan diberi sepenuhnya untuk menjadikan UiTM FC sebaris dengan pasukan lain.

UiTM FC mengikat pemain Selangor Bawah 23 itu dan beberapa pemain tempatan lain bagi memperkukuh pasukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619