PENDIDIKAN

Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac

6 Mac 2019, 10:17 AM
Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac
Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 MAC: Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 bakal diumum pada 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan SPM itu boleh mula didapati selepas jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

"Calon persendirian dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Malah, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888, yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan jam 6 petang 20 Mac ini," katanya.

Kenyataan itu juga berkata, seramai 421,706 calon mendaftar menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara, tahun lalu.

Daripada 362,754 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan adalah 9,427 calon.

Selain itu, 8,160 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat (2,059); calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (14,001) dan calon persendirian (25,305).

"Calon juga boleh menyemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan sppat.moe.gov.my/semakan.

"Manakala, bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM ulangan 2019 atau sebagai calon persendirian untuk 2019, pendaftaran dibuka mulai 14 Mac hingga 31 Mac ini dengan melayari laman sesawang sppat.moe.gov.my," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619