SELANGOR

Dr Azizan dilantik presiden UiTM FC baharu

6 Mac 2019, 8:48 AM
Dr Azizan dilantik presiden UiTM FC baharu
Dr Azizan dilantik presiden UiTM FC baharu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 MAC: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Azizan Abdullah, dilantik sebagai presiden UiTM FC baharu.

Bercakap kepada media, beliau berharap pelantikannya itu dapat meneruskan kecemerlangan UiTM FC sejak penubuhannya, pada 2009.

"Untuk pengetahuan, UiTM dipilih menjadi pusat kecemerlangan sukan bola sepak memandangkan kejayaan dicapai di peringkat universiti.

"Malah, kita mempunyai kepakaran dan kemudahan tersendiri di UiTM, sekali gus berjaya memartabatkan pembangunan sukan ini," katanya pada majlis pelantikannya, di Pusat Sukan UiTM, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UiTM FC, Dr Mohd Baharin Othman; Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad dan barisan ahli EXCO UiTM FC serta pemain.

Pada masa sama, beliau berkata, barisan pemain dan jurulatih perlu memberi komitmen sepenuhnya dalam menjadikan UiTM lebih disegani pasukan serta kelab lain dalam Liga Malaysia.

"Sebagai sebuah kelab yang berada dalam institusi pendidikan tinggi, saya mahu UiTM FC menjadi contoh dalam semua aspek pembangunan bola sepak.

"Ia termasuk aspek pengurusan, kejurulatihan, sains sukan, pemasaran dan yang penting kejayaan daripada segi prestasi pasukan dalam liga diceburi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619