SELANGOR

Kerajaan Negeri rancang bawa produk 'Made in Selangor' ke R&R

4 Mac 2019, 8:48 AM
Kerajaan Negeri rancang bawa produk 'Made in Selangor' ke R&R

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

DENGKIL, 4 MAC: Kerajaan Negeri akan berbincang dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mewujudkan kiosk di kawasan rehat dan rawat (R&R) dalam memasarkan produk 'Made in Selangor'.

EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, banyak produk yang dihasilkan 'Made in Selangor' berkualiti namun tiada tempat untuk dipasarkan.

"Saya akan berbincang bersama PLUS untuk mengadakan kiosk 'Made in Selangor' berkonsepkan 'Homemade Market' bagi memasarkan produk daripada Selangor.

"Dalam 'Homemade Market' ini kita boleh gabungkan pelbagai produk dalam satu kiosk. Jadi ramai usahawan boleh terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika ditemui di Majlis Perlancaran Program Pembangunan Keusahawanan Wanita (WEP) PLUS di R&R Dengkil arah selatan, di sini.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, produk ‘Made In Selangor’ juga dirancang diperluaskan di pasaraya dan pusat membeli belah dengan kerjasama AEON.

Sebelum itu, produk berkenaan dipamerkan di pasar raya dalam sesuatu tempoh.

‘Made In Selangor’ dilaksanakan sebagai medium pemasaran dan tapak permulaan bagi memperkenalkan produk tempatan ke pasaran lebih luas.

Ia turut membuka peluang kepada usahawan Hijrah dalam mengetengah perniagaan mereka.

Mengulas program inisiatif WEP itu, Rodziah berkata, pihaknya memuji usaha PLUS dalam memperkasakan usahawan wanita dan wajar dijadikan contoh kepada pihak swasta lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619