SELANGOR

KSSB lancar video korporat beri penerangan berkaitan perlombongan

3 Mac 2019, 10:52 AM
KSSB lancar video korporat beri penerangan berkaitan perlombongan

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA, 3 MAC: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) buat pertama kali melancarkan video korporatnya, KSSB Purchasing System, bagi memberi penerangan kepada masyarakat dan pelabur berkaitan perlombongan.

Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pemasarannya, Mohd Nizam Ishak berkata, video terbabit akan membetulkan salah faham masyarakat berkaitan aktiviti perlombongan.

"Tujuan video ini dibuat adalah untuk beri penerangan kepada masyarakat dan pelabur mengenai perlombongan dan kita mahu menerangkan bahawa tidak semestinya perlombongan membawa kesan buruk kepada alam sekitar.

"Kalau kita gunakan dengan cara dan proses betul, hasilnya tidak akan merosakkan alam sekitar malah memberi pulangan baik kepada Kerajaan Negeri dan masyarakat," katanya.

Mohd Nizam berkata demikian ketika ditemui selepas Program KSSB Employee Town Hall di The Everly Hotel, Putrajaya, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, KSSB dipilih untuk mewakili Malaysia ke 2nd Asean Mineral Awards 2019 dan video korporat itu akan ditayangkan di sana.

KSSB adalah anak syarikat Kerajaan Negeri ditubuhkan pada 2008 dan berperanan sebagai peneraju utama dalam pembangunan mineral asli di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619