SELANGOR

SPR terbuka terima aduan kesalahan pilihan raya

2 Mac 2019, 5:07 AM
SPR terbuka terima aduan kesalahan pilihan raya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 2 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil sikap terbuka untuk menerima sebarang laporan berhubung salah laku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ini termasuk mana-mana organisasi termasuk agensi media.

"Bukan sahaja BERSIH 2.0 tetapi kami alukan sesiapa sahaja yang ada maklumat insiden kesalahan pilihan raya boleh buat laporan.

"SPR akan membuat siasatan terhadap laporan yang kami terima," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Rinching di sini, hari ini.

Azhar turut menggesa supaya semua parti bertanding tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Katanya, antara kesalahan itu membabitkan tindakan berkempen selepas jam 12.00 malam hari terakhir kempen dan mendirikan pondok panas bagi meraih undi.

"Jika mendirikan khemah atau pondok untuk tujuan tempat berehat dan makan petugas, tak mengapa tetapi jika untuk meraih undi adalah satu kesalahan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619