SELANGOR

Cacat kekal tak halang Kandayah jadi pengundi OKU terawal

2 Mac 2019, 3:15 AM
Cacat kekal tak halang Kandayah jadi pengundi OKU terawal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SEMENYIH, 2 MAC: Cacat kekal di kaki sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda tidak menghalang P Kandayah, 68, melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, hari ini.

Menjadi antara pengundi Orang Kelainan Upaya (OKU) terawal tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, sekitar jam 8.15 pagi, beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membuang undi.

Kandayah yang menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu ditemani isterinya yang turut mengundi di situ.

"Ini kali kedua saya mengundi di sini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di pusat pengundian yang sama.

"Saya bangun seawal jam 5 pagi untuk buang undi (dan) ini adalah tanggungjawab penting saya sebagai pengundi untuk menentukan wakil rakyat yang kita mahu tadbir urus di Semenyih dapat dibuat sebaiknya," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Beliau yang menetap di Taman Desa Perdana dan juga anak tempatan Semenyih, berharap sesiapa sahaja wakil rakyat dipilih dapat memberikan yang terbaik, khususnya dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619