SELANGOR

Sambutan lebih positif lima hari terakhir kempen PAKATAN

1 Mac 2019, 1:10 PM
Sambutan lebih positif lima hari terakhir kempen PAKATAN
Sambutan lebih positif lima hari terakhir kempen PAKATAN
Sambutan lebih positif lima hari terakhir kempen PAKATAN

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 1 MAC: Pecutan akhir Pakatan Harapan (PAKATAN) pada lima hari terakhir kempen menerima sambutan positif daripada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, prestasi cemerlang Kerajaan Negeri dan pelancaran Agenda Aiman merupakan faktor yang berjaya mendorong keyakinan pengundi.

"Rekod yang kita dapat juga menunjukkan penerimaan sangat positif terhadap prestasi Kerajaan Negeri dan rakyat semakin faham terhadap isu berbangkit berkenaan Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun saya juga yakin PRK ini sangat bergantung dengan peratusan keluar mengundi dan juga kepantasan dan kecekapan jentera kita esok," katanya.

Beliau yang juga Dato' Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Laluan Baru KJ04 dan KJ05 di Kompleks Perhentian Kajang di sini, hari ini.

Katanya, pengundi pada PRK Semenyih perlu memilih calon PAKATAN bagi memastikan kelancaran setiap kemudahan disalurkan Kerajaan Negeri.

"Kepada pengundi di Semenyih, harapan besar saya supaya meneruskan sokongan yang diberikan pada pilihan raya lalu seperti mana pesanan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), kita sebagai kerajaan mahu wakil kerajaan yang kuat untuk lebih mempermudah serta memperkemas perkhidmatan, kemajuan yang dirancang di setiap lokaliti dan daerah.

"Saya yakin kita akan dapat merancak dan membangunkan setiap penjuru untuk memastikan nasib rakyat di Selangor dan Semenyih khasnya dapat dijaga," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619