SELANGOR

Bas Smart Selangor bakal kenakan caj kepada warga asing

1 Mac 2019, 12:51 PM
Bas Smart Selangor bakal kenakan caj kepada warga asing
Bas Smart Selangor bakal kenakan caj kepada warga asing
Bas Smart Selangor bakal kenakan caj kepada warga asing

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 1 MAC: Warga asing menggunakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor bakal dikenakan caj.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini selaras dengan dasar subsidi bersasar diamalkan Kerajaan Negeri untuk dinikmati pembayar utama cukai kerajaan iaitu rakyat tempatan.

"Bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kita juga merangka kaedah baru sama ada pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, bas percuma ini akan mula mengenakan caj kepada warga asing.

"Ini juga adalah salah satu kaedah meningkatkan rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor," katanya.

Amirudin berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Laluan Baru KJ04 dan KJ05 di Kompleks Perhentian Kajang di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita, Amirudin menjelaskan caj yang dikenakan kepada warga asing itu nanti adalah pada kadar berpatutan.

Katanya, langkah yang masih dikaji mekanismenya itu diambil berikutan maklum balas pengguna Bas Smart Selangor sejak program itu dilancarkan.

Amirudin juga percaya langkah ini membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 60 peratus pengguna jalan raya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619