SELANGOR

Selangor Synergies siri 6, bincang infrastruktur digital

28 Feb 2019, 8:08 AM
Selangor Synergies siri 6, bincang infrastruktur digital

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Selangor Synergies yang memasuki siri keenam kali ini membincangkan berkenaan langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kedudukan Selangor sebagai 'Smart State'.

Melalui forum bertajuk Infrastruktur Digital, pemegang taruh, kerajaan dan industri membincangkan pengukuhan serta peningkatan asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain isu keselamatan digital ke arah penduduk pintar.

Forum sorotan anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu bertujuan memperkenalkan, memaklumkan dan mencari idea baru dalam usaha merealisasikan Gagasan Smart Selangor.

Antara panel yang menyertai forum yang dihadiri kira-kira 100 peserta itu adalah Pengarah Urusan SmartSel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif PIKOM Malaysia, Alan Fung.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Alphaque, Dinesh Nair dan Ketua Pegawai Peruncitan Tenaga Nasional Berhad, Ir Megat Jalaluddin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IBR Asia, Dato’ Beatrice Nirmala bertindak selaku moderator, manakala Naib Presiden Strategic Research Cyber Security Malaysia, Sazali Sukardi, sebagai penyampai keseluruhan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619