SELANGOR

MB Selangor wakili semangat baru-Anwar

24 Feb 2019, 6:32 AM
MB Selangor wakili semangat baru-Anwar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 24 FEB: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari disifatkan sebagai pemimpin muda memiliki semangat baru yang bersedia membawa perubahan kepada Selangor.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri itu tidak sesekali bertolak ansur dengan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran.

"Menteri Besar Selangor, Amirudin dia nampaknya mewakili semangat baru. Dia selalu laporkan kepada saya, berikan kemudahan baru supaya dapat ringankan sedikit beban rakyat.

"PRK Semenyih ini penting, kita mahu orang Melayu, Cina, India dan Orang Asal memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri supaya kita dapat tadbir dengan baik dan meneruskan kerja kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, di Taman Sri Jenaris, di sini, malam tadi.

Anwar turut menolak pandangan sesetengah pihak bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PAKATAN), pada PRK DUN Semenyih tidak akan membawa sebarang makna.

Sebaliknya beliau berkata, memberi kemenangan kepada calon lain akan menghantar isyarat salah berhubung sokongan rakyat terhadap dasar yang dijalankan Kerajaan Negeri.

"Hanya memilih calon PAKATAN, Muhammad Aiman Zainali yang boleh membantu Kerajaan Negeri menyampaikan kemudahan dan dasar kepada pengundi di sini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619