PBT

PKPJ sedia perkhidmatan Rumah Buku

20 Feb 2019, 9:51 AM
PKPJ sedia perkhidmatan Rumah Buku

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 20 FEB: Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (PKPJ) menyediakan perkhidmatan Rumah Buku bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan komuniti, mulai tahun ini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan berkata, perkhidmatan terbaharu itu disediakan di Taman bacaan PKPJ dan berhadapan pintu masuk Muzium Petaling Jaya sebagai permulaan.

"Dengan berkonsepkan ‘Read & Share’ dan budaya membaca di mana-mana, Rumah Buku ini memberi peluang serta ruang kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan tanpa sebarang had, keahlian mahupun bayaran (FOC).

"Orang awam juga dialu-alukan untuk menderma buku di Rumah Buku ini untuk dikongsikan bersama," katanya.

Beroperasi setiap hari, kemudahan itu terbuka kepada semua orang awam bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

PKPJ memaklumkan, pelbagai inisiatif yang lebih menarik akan menyusul dan memberi manfaat kepada semua, khasnya penduduk di Petaling Jaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619