SELANGOR

MB seru UA berperanan sebagai pusat reformasi

20 Feb 2019, 6:02 AM
MB seru UA berperanan sebagai pusat reformasi
MB seru UA berperanan sebagai pusat reformasi

OLEH SHEEDA FATHIL

SERDANG, 20 FEB: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menyeru Universiti Awam (UA) di seluruh negara berperanan sebagai pusat reformasi terbaik kepada masyarakat sekitar.

Katanya, beliau optimis UA tidak hanya berperanan menganjurkan program dalam pagar universiti sahaja sebaliknya perlu bersifat lebih holistik.

"Segala gerak kerja atau program dilaksanakan universiti awam (UA) perlu bersifat holistik dan tidak terbatas dalam kawasan institusi itu sahaja.

"Komunikasi antara UA dan komuniti luar amat penting kerana daripada situ pelbagai penerangan dapat diketengahkan antara dua pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Maju Bersama Dato' Menteri Besar di Universiti Awam 2019 di Universiti Putra Malaysia, di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, beliau menggesa gerak kerja itu perlu dilakukan oleh semua UA tidak kira sama ada bahagian pentadbir, pensyarah dan pelajar.

"Mungkin pihak universiti boleh mulakan gerak kerja itu di kawasan sekitar dahulu seperti kedai dan seterusnya diperluaskan ke lokaliti lain sama ada masjid, surau, serta sekolah," katanya.

Terdahulu, Amirudin turut mengadakan Program Jelajah Maju Bersama yang kini diperluaskan ke peringkat universiti, bagi mendekati anak Selangor.

Jelajah itu secara rasmi membuka tirai, semalam dengan berkunjung ke UPM untuk menjelaskan program dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Inisiatif itu juga memberi peluang kepada beliau untuk berinteraksi secara dekat dengan pihak universiti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619