NASIONAL

Malindo Air perkenal peruntukan baharu bagasi

19 Feb 2019, 5:40 AM
Malindo Air perkenal peruntukan baharu bagasi

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Malindo Air memperkenalkan peruntukan baharu berat bagasi, 15 kilogram (kg) dan 30 kg masing-masing, bagi penumpang kelas ekonomi melalui opsyen tambang ‘Nilai dan Fleksi’, daripada 25 kg sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pelarasan yang berkuat kuasa pada 15 Februari lalu dibuat selaras dengan perubahan dalam industri serta permintaan penumpang.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan bagasi bagi kelas perniagaan dan penerbangan ATR, masing-masing kekal pada 40 kg dan 15 kg.

"Opsyen ini membolehkan penumpang yang mementingkan kos memperoleh tambang udara lebih kompetitif dan memenuhi keperluan mereka.

"Kami mahu produk kami relevan kepada pasaran dan menawarkan pengalaman penerbangan lebih baik kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, penumpang yang sudah menempah sebelum dan pada tarikh perjalanan pada 15 Februari, dibenarkan untuk membawa bagasi dengan muatan asal seperti yang dinyatakan dalam jadual penerbangan.

"Penumpang juga boleh menambah nilai peruntukan bagasi semasa proses tempahan, melalui “Manage My Booking”, pejabat tiket Malindo Air, pusat perkhidmatan pelanggan dan ejen perjalanan terpilih," katanya.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619