NASIONAL

47 tahanan Malaysia di Kemboja dijangka pulang esok

16 Feb 2019, 6:55 AM
47 tahanan Malaysia di Kemboja dijangka pulang esok
47 tahanan Malaysia di Kemboja dijangka pulang esok

 

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Kesemua 47 tahanan Malaysia di Kemboja yang telah dibebaskan semalam dijangka pulang ke tanah air seawal pagi esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau telah menghubungi Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien untuk mengetahui perkembangan terkini dan difahamkan mereka akan dibawa pulang pada kadar segera.

"Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, mereka dijangka sampai esok pada 10.30 pagi.

"Pelbagai susunan dan perbincangan diadakan dan atas usaha ini, terima kasih kepada semua," katanya lapor BERNAMA.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey telah dibebaskan pada 6.30 petang waktu Kemboja (7.30 malam waktu Malaysia).

Pada 7 Februari lalu, Kementerian Luar mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

- LAGI

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619