SELANGOR

Najib liabiliti UMNO, hanya popular di media sosial

14 Feb 2019, 8:37 AM
Najib liabiliti UMNO, hanya popular di media sosial

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 FEB: Imej popular bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosial tidak akan diterjemahkan sebagai undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada 2 Mac ini.

Timbalan Presiden Institut Darul Ehsan, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hal itu kerana Najib dilihat sebagai liabiliti kepada ahli partinya sendiri.

Malah, katanya, ahli parti dan rakyat masih tidak lupa skandalnya sehingga menyebabkan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Najib mungkin berjaya mencipta semula imej dan menjadi tokoh popular di media sosial dengan gelaran sebagai 'Bossku'.

"Namun, ahli UMNO masih menganggap beliau sebagai punca kekalahan BN pada PRU lalu dan tidak akan menjadikan Najib sebagai jurukempen utamanya dalam PRK itu.

"Mereka lebih cenderung tunjukkan Umno ini 'brand' baru, imej baru. Mereka yakin dengan guna PAS daripada MCA atau MIC kerana ini manfaat untuk dapat undi," katanya dalam sidang media Kajian PRK N24 DUN Semenyih: Apa pilihan pengundi, di sini.

Katanya, perkara sama turut berlaku ketika kempen PRK Cameron Highlands yang menyaksikan acara Najib lebih ramai dihadiri 'mat rempit'.

"Mereka datang untuk seronok dan berhibur. Najib datang, berselfie dan muat naik (gambar) di media sosial. Beliau bukan tokoh yang dominan.

"Saya yakin UMNO tahu menggunakan Najib tidak akan memberi mereka undi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619