SUKANKINI

Malindo Air rakan penerbangan rasmi UiTM FC

13 Feb 2019, 1:42 AM
Malindo Air rakan penerbangan rasmi UiTM FC

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 FEB: Syarikat penerbangan Malindo Air bersetuju menjadi rakan penerbangan rasmi bagi pasukan UiTM FC, sepanjang musim 2019.

Presiden UiTM FC, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, tajaan itu membabitkan perjalanan pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia UiTM FC ketika bertandang ke gelanggang lawan.

"Tajaan ini selama setahun untuk kesemua perlawanan 'away' yang memerlukan penerbangan.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malindo Air kerana memberikan sokongan padu kepada UiTM FC," katanya pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah serta majlis memperkenalkan Malindo Air sebagai rakan penerbangan rasmi UiTM FC, di Dewan Kompleks Sukan UiTM di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berharap penajaan itu menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk lebih berusaha memberikan persembahan terbaik.

Katanya, pemain dan pengurusan pasukan juga perlu beretika serta menjaga intergriti bagi memastikan nama baik pasukan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpelihara.

"Jika anggota pasukan terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, ia akan menimbulkan perasaan tidak selesa bagi penaja meneruskan tajaan mereka," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Produk Malindo Air, Harris Abdullah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619