AGAMA

Ceramah Ustaz Abdul Somad 'full house'

13 Feb 2019, 1:37 AM
Ceramah Ustaz Abdul Somad 'full house'
Ceramah Ustaz Abdul Somad 'full house'

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 FEB: Kuliah Maghrib bertajuk Nikmat Islam oleh Ustaz Abdul Somad, di Masjid Negeri mendapat sambutan luar biasa hadirin yang memenuhi dewan solat masjid terbabit.

Majlis ilmu itu turut dihadiri Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan dimulakan sejurus selesai solat maghrib.

Antara perkara disentuh Abdul Somad dalam ceramahnya ialah mengingatkan umat Islam supaya menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata.

Ketika menjawab soalan daripada hadirin, beliau berkata, orang Islam harus melayani orang bukan beragama Islam dengan adil selagi golongan itu tidak memerangi agama suci berkenaan.

"Selagi mereka baik dengan kamu, tidak menghalau kamu daripada Malaysia, maka kamu harus melayani mereka dengan baik," katanya.

Sementara itu, tinjauan SelangorKini mendapati jalan utama ke Masjid Negeri mulai sesak sekitar jam 6.30 petang, manakala perkarangan masjid pula dipenuhi kenderaan sejak jam 7 petang.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan sehingga ke Bulatan Setia Jasa.

Abdul Somad adalah ulama tersohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran, termasuk Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619