SUKANKINI

UiTM FC lafaz ikrar bebas rasuah

13 Feb 2019, 1:18 AM
UiTM FC lafaz ikrar bebas rasuah
UiTM FC lafaz ikrar bebas rasuah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 FEB: Pemain dan pegawai pengurusan pasukan bola sepak UiTM FC melafazkan ikrar tidak akan terjebak dengan aktiviti rasuah menjual perlawanan bola sepak.

Lafaz ikrar membabitkan pemain pasukan UiTM FC Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia itu disempurnakan di hadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UiTM merangkap Presiden UiTM FC, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Bacaan ikrar itu diketuai Kapten Pasukan UiTM FC, Muhammad Zulkhairi Zulkeply.

Dr Abdullah berkata, amalan rasuah menjual perlawanan bukan sahaja memburukkan imej pasukan tetapi turut memberi kesan kepada nama baik Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Sebagai pemain bola sepak, anda perlu pertahankan intergriti dengan menolak rasuah kerana akan memburukkan imej pasukan dan universiti.

"Rasuah juga akan menyebabkan rakan penaja tidak merasa selesa untuk meneruskan tajaan mereka," katanya pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah membabitkan pemain dan anggota pengurusan UiTM FC, di Dewan Kompleks Sukan UiTM di sini, semalam.

Sementara itu, Alias berkata, UiTM FC muncul sebagai pasukan pertama daripada institusi pengajian tinggi yang melafazkan ikrar bebas rasuah.

"Bermainlah dengan penuh intergriti dan bebas rasuah demi nama pasukan anda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619