NASIONAL

Syed Saddiq: Tarikh LTDL 2019 dalam perbincangan

10 Feb 2019, 8:28 AM
Syed Saddiq: Tarikh LTDL 2019 dalam perbincangan

SEMENYIH, 10 FEB: Tarikh penganjuran Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, penetapan tarikh yang bersesuaian penting bagi memastikan acara terbabit mendapat liputan media secara meluas, sekali gus memulihkan status sukan berbasikal itu di persada dunia.

"Saya dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dibincangkan dan ia perlu dapat kata putus daripada pihak penganjur, persatuan dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

"Kita nak pastikan bahawa rangkaian media dapat laporkan (LTdL 2019) sebaik mungkin. Ia juga supaya dapat memulihkan status LTdL dan mengembalikan zaman kegemilangannya," katanya kepada pemberita selepas melawat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau diminta mengulas berkenaan cadangan pihak penganjur LTdL 2019, Human Voyage (M) Sdn Bhd untuk menunda tarikh penganjuran LTdL berikutan bertindih dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) iaitu pada 26 hingga 30 Mac depan.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq berkata, bahawa pelantikan pengerusi baharu Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) hanya akan ditentukan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk bekas atlet.

"Esok saya ada pertemuan dengan YAKEB. Ada beberapa cadangan (nama calon) disampaikan. Saya dan pihak terbabit akan memastikan pilih calon terbaik (untuk jawatan Presiden YAKEB) dan juga boleh turun padang serta menjaga kebajikan atlet secara menyeluruh," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619