PBT

Enam laluan ditutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

9 Feb 2019, 1:11 AM
Enam laluan ditutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 FEB: Sebanyak enam laluan akan ditutup selama tiga jam mulai 6.30 hingga 9.30 pagi bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara laluan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

"Program ini akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

"Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619