EKONOMI

Ringgit tinggi berbanding dolar AS

8 Feb 2019, 2:10 AM
Ringgit tinggi berbanding dolar AS
Ringgit tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ekoran minat belian sederhana ke atas unit tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, ringgit ditambat pada 4.0710/0760 berbanding dolar daripada 4.0715/0765 pada penutupan, semalam, lapor BERNAMA.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Jeffrey Halley, berkata mata wang serantau mungkin menyusut hari ini ekoran pengukuhan dolar AS.

"Dolar AS meningkat semalaman. Euro dan pound British terus lemah ekoran data zon euro yang rendah, selain kebuntuan Brexit yang berterusan. Keadaan ini mungkin menular ke Asia,” katanya.

Sementara itu, penanda aras harga minyak Brent dan West Texas Intermediate masing-masing merosot 2.50 peratus dan 1.60 peratus semalaman ekoran pengukuhan dolar AS, selain cuaca yang bertambah baik, di Amerika Syarikat.

"Kurangnya berita mungkin bermakna dagangan tidak menentu di Asia dengan pergerakan harga minyak bergerak rendah susulan peningkatan dolar," kata Halley.

Dalam negara, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9987/0028 daripada 3.0017/0058 semalam, namun rendah berbanding yen kepada 3.7090/7139 daripada 3.7004/7059.

Berbanding euro, unit tempatan mengukuh kepada 4.6157/6230 daripada 4.6191/6252 namun menyusut berbanding pound Britain kepada 5.2728/2813 berbanding 5.2547/2619.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619