SELANGOR

Acara Amal Tahun Baharu Cina sokongan buat pesakit kanser

7 Feb 2019, 3:23 AM
Acara Amal Tahun Baharu Cina sokongan buat pesakit kanser

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Pusat Khidmat ADUN Bandar Utama akan mengadakan Acara Amal Tahun Baharu Cina di Atria Galeri Membeli-belah, pada 16 Februari ini.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaludin berkata, ia bertujuan meningkatkan dana bagi pembuatan rambut palsu yang akan diberikan kepada pesakit kanser.

Katanya, usaha itu sebagai tanda sokongan kepada pesakit melawan penyakit kanser untuk sembuh.

"Kami ingin anda menyertai kami untuk menyambut tahun baharu dan menyumbang dalam acara amal ini.

"Antara aktiviti lain yang akan dianjurkan adalah menderma koleksi rambut palsu untuk Persatuan Harapan, Origami Paper Crane dilipat sebagai simbol sokongan kepada pesakit kanser, Bengkel Seni Pastel Jepun, Bengkel IY Ang Pow Lantern serta pemeriksaan sendiri kanser oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA)," katanya.

Turut diadakan jualan amal menggunakan kupon yang boleh didapati di Atria Shopping Gallery dan Pusat Khidmat ADUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619