NASIONAL

Polis tahan 27 individu salah guna dadah

6 Feb 2019, 6:37 AM
Polis tahan 27 individu salah guna dadah

LAHAD DATU, 6 FEB: Polis menahan 27 individu terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan Ops Sarang di Kampung Desa Bajau dekat sini, semalam.

Dalam serbuan antara jam 3 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, 40 individu diperiksa dan 22 lelaki serta lima wanita berumur lingkungan 15 hingga 58 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, daripada yang ditahan itu, seorang lelaki dan wanita diberkas atas kesalahan di bawah 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala selebihnya kerana kesalahan dibawah Seksyen 12(2) serta 15(1)(a) akta yang sama.

"Polis turut merampas empat paket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi dadah Syabu bernilai RM1,713 (11.42gram) dalam serbuan berkenaan hasil risikan dan maklumat awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, 16 lelaki serta empat wanita daripada 27 yang ditahan itu turut gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sah.

Katanya, kesemua tangkapan itu dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619