NASIONAL

Tiada rombakan Kabinet-PM

6 Feb 2019, 5:14 AM
Tiada rombakan Kabinet-PM

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada rombakan Kabinet akan dibuat dalam masa terdekat, seperti yang didakwa

Beliau berkata, dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baharu adalah berita palsu.

“Tidak, tidak ada. Tiada rombakan Kabinet. Semua perkara (dakwaan) mengenai rombakan (Kabinet) adalah palsu,” katanya lapor BHOnline.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 yang berlangsung di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Kehadiran beliau kira-kira jam 10.30 pagi itu ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan barisan Kabinet ketika ini akan dikekalkan.

“Saya kekal dengan barisan (Menteri) Kabinet saya,” katanya enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, timbul desas desus berkenaan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kononnya akan dibuat selepas Tahun Baharu Cina.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam memaklumkan tidak tahu berkenaan dakwaan itu yang disiarkan di sebuah blog, malahan mengesahkan tidak mendengar sebarang usaha untuk melakukan rombakan Kabinet.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619