SUKANKINI

FAS hargai kehadiran 13,000 penyokong

5 Feb 2019, 5:29 AM
FAS hargai kehadiran 13,000 penyokong
FAS hargai kehadiran 13,000 penyokong

SHAH ALAM, 5 FEB: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penyokong yang sentiasa menjadi tunjang kepada pasukan The Red Giants.

Katanya, ucapan tahniah juga diberikan di atas kehadiran 13,000 penyokong yang membanjiri Stadium Shah alam pada perlawanan Home pertama Selangor menentang Felda United dalam kempen Liga Super musim ini.

"Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua penyokong yang sentiasa menjadi tunjang kepada pasukan Selangor.

"Jumpa lagi dalam perlawanan Liga Super seterusnya," tulisnya dalam di laman facebook rasminya.

Pada 3 Februari lalu, Selangor berjaya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Felda United dalam aksi pertama kempen Liga Super musim ini di Stadium Shah Alam.

Terdahulu, Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) komited menyelesaikan proses balik pulih dan status semasa kerja baik pulih Stadium Shah Alam selesai sepenuhnya malahan padang sedia digunakan sebelum perlawanan pertama menetang Felda United.

Pengurus Besarnya, Rohaidi Tugiro berkata, bagi tahun lalu pihaknya membuat perancangan membaik pulih sebahagian kawasan padang stadium yang mengalami keporosan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619