NASIONAL

Tiga syarikat tambah penerbangan tambang rendah sempena Tahun Baharu Cina

1 Feb 2019, 1:04 AM
Tiga syarikat tambah penerbangan tambang rendah sempena Tahun Baharu Cina

SEPANG, 1 FEB: Tiga syarikat penerbangan tempatan menambah sebanyak 376 penerbangan lewat malam pada tambang rendah bagi tempoh antara 30 Januari dan 12 Februari bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat penerbangan terbabit, Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air turut berikrar menambah kapasiti 64,382 tempat duduk membabitkan 14 laluan khusus ​​​​​bagi memenuhi permintaan destinasi popular seperti Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri.

"Tahun lalu, kerajaan telah meminta Suruhanhaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melakukan kajian terhadap tambang penerbangan yang mahal (dikenakan syarikat penerbangan) ketika tempoh puncak perjalanan di negara ini dan mencari pilihan bagi tawaran harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelepasan penerbangan tambahan AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di sini, malam tadi, lapor BERNAMA.

Mengulas selanjutnya, Loke berkata, semua tambang bagi penerbangan tambahan lewat malam itu berkurangan sebanyak 25 peratus berbanding tahun lalu.

"Bagi laluan AirAsia Kuala Lumpur-Sibu misalnya, tambang tahun lalu kira-kira RM1,000 tetapi tahun ini, kerajaan telah bersetuju dengan tambang rendah RM149 untuk semua tempat duduk.

"Ini adalah inisiatif kami bagi meringkan kos sara hidup," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619