SELANGOR

Tawaran bonus lebih dua bulan beri motivasi penjawat awam

1 Feb 2019, 12:54 AM
Tawaran bonus lebih dua bulan beri motivasi penjawat awam
Tawaran bonus lebih dua bulan beri motivasi penjawat awam

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 FEB: Ganjaran bonus lebih dua bulan gaji kepada penjawat awam yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seperti ditetapkan Kerajaan Negeri mampu menjadi motivasi terbaik kepada golongan itu.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, langkah ini juga membuktikan kepimpinan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari sentiasa mengutamakan kebajikan kakitangannya.

"Ini menunjukkan Dato' Menteri Besar sentiasa menjaga kebajikan kakitangan kerajaan dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai KPI ditetapkan.

"Sebagai EXCO bertanggungjawab dalam Pembangunan Modal Insan, saya menyambut baik kenyataan Dato' Menteri Besar untuk memberi ganjaran kepada penjawat awam berdasarkan kerja keras mereka," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor 2019 baru-baru ini, Amirudin berkata, penjawat awam Selangor bakal menikmati pembayaran bonus dua bulan gaji atau lebih jika berjaya mencapai KPI.

“Kita akan menilai daripada segi pencapaian KPI jabatan dan individu, namun pemberiannya juga adalah berdasarkan hasil pungutan negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619