NASIONAL

JPA kenal pasti 841 penempatan untuk pekerja JLKN

30 Jan 2019, 6:42 AM
JPA kenal pasti 841 penempatan untuk pekerja JLKN

PUTRAJAYA, 30 JAN: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenal pasti 841 penempatan untuk ditawarkan kepada pekerja Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) selepas Tahun Baharu Cina.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong bersama wakil Jawatankuasa Bekas Pelatih JLKN dan JPA.

Katanya, pertemuan itu bagi memaklumkan perkembangan terkini inisiatif 'soft landing' untuk pekerja kontrak JLKN terbabit.

"Bagi pemohon lain, JPA sedang melaksanakan ‘segala yang termampu’ untuk membantu mereka mengisi jawatan kosong di kementerian dan agensi kerajaan.

"Walaubagaimanapun, tawaran kontrak akan diberi mengikut kesesuaian dan kemahiran pemohon serta bergantung kepada kekosongan jawatan yang akan diisi," katanya.

Justeru, KBS berharap pemohon dapat memberi ruang supaya proses penempatan semula itu dijalankan mengikut prosedur ditetapkan, memandangkan ia pertama kali dilaksanakan.

Sebelum ini, KBS dilaporkan berkata, nasib 2,100 kakitangan kontrak Program Latihan Khidmat Negara tetap terbela walaupun Kabinet memutuskan untuk memansuhkan program itu, sejak Ogos 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619