SELANGOR

Bayaran pinjaman HIJRAH tertangguh selesai

24 Jan 2019, 12:18 PM
Bayaran pinjaman HIJRAH tertangguh selesai
Bayaran pinjaman HIJRAH tertangguh selesai
Bayaran pinjaman HIJRAH tertangguh selesai

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 JAN: Kelewatan pembayaran pembiayaan pinjaman kepada usahawan Selangor di bawah skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH), sudah selesai sepenuhnya.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, isu kelewatan berpunca daripada permohonan program skim itu yang berlipat kali ganda sehingga HIJRAH terpaksa mengatur semula proses pembiayaan terbabit.

"Pembayaran tertangguh ini sebenarnya tidak disengajakan, namun ia berpunca daripada peningkatan jumlah permohonan yang agak luar biasa terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Oleh sebab sambutan memberangsangkan ini, kita terpaksa mengatur semula agihan pembiayaan pinjaman sehingga masuk tahun 2019," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Wisma KoHijrah dan Penyerahan Pembiayaan Skim Hijrah Selangor di Wisma KoHijrah, Seksyen 32, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua pemohon program skim mikrokredit yang terlibat dengan isu kelewatan itu sudah pun menerima pembiayaan pinjaman masing-masing pada hari ini.

Pada 7 Januari lalu, kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara menuntut Kerajaan Negeri menyegerakan pembayaran pinjaman HIJRAH.

Susulan itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH, Dato' Mansor Othman memberi jaminan perkara tersebut akan diselesaikan penghujung bulan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619