PENDIDIKAN

Sasar 1,000 guru ANIS pada masa akan datang

24 Jan 2019, 5:07 AM
Sasar 1,000 guru ANIS pada masa akan datang
Sasar 1,000 guru ANIS pada masa akan datang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 JAN: Kerajaan Negeri mensasarkan mahu menambah 1,000 lagi bilangan Anak Istimewa Selangor (ANIS) ekoran sambutan yang diterima.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pada masa kini bilangan guru ANIS adalah sejumlah 75 orang yang lahir daripada projek pilot yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, tahun lalu.

"Hasil daripada projek pilot tahun lalu, Kerajaan Negeri melihat impak yang diterima amat positif dan kita komited mahu melahirkan lebih ramai guru ANIS untuk mendidik anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Apabila wujudnya guru ANIS, ia mampu memberi nafas lega kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk menghantar anak mereka ke Taman Asukan Kanak-Kanak (Taska), pada masa akan datang," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mengkaji beberapa aspek bagi menambah bilangan kursus terhadap guru ANIS.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mewujudkan guru ANIS di beberapa Taska di setiap Dewan Undangan Negeri bertujuan mengasuh kanak-kanak OKU.

Inisiatif itu dilaksanakan bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak OKU kerana terpaksa menghantar anak mereka ke Taska khas yang menelan kos tinggi.

Hasil daripada projek pilot dilaksanakan tahun lalu, seramai 75 guru ANIS dalam kalangan guru Taska sekitar Selangor dipilih untuk melatih mereka bagaimana cara mengasuh dan mendidik kanak-kanak OKU.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619