SELANGOR

Pemeriksaan darah percuma 100 peserta awal

24 Jan 2019, 4:30 AM
Pemeriksaan darah percuma 100 peserta awal
Pemeriksaan darah percuma 100 peserta awal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 24 JAN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal menganjurkan Program Pemeriksaan Darah dan Kesihatan Percuma kepada 100 peserta terawal pada 26 dan 27 Januari ini, di Dewan Serbaguna MBPJ Kg Lindungan PJS 6/1, di sini.

Lebih menarik, peserta berumur 50 tahun ke atas layak mendapatkan pemeriksaan darah percuma meliputi ujian darah secara menyeluruh, ujian fungsi hati, ujian fungsi buah pinggang, ujian gula dalam darah, ujian profil kolesterol dan ujian air kencing.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan dan aktiviti menarik lain yang disediakan sepanjang dua hari program berlangsung.

Peserta yang melakukan pemeriksaan darah perlu hadir semula pada 27 Januari untuk menerima keputusan darah dan bertemu doktor.

Sebarang pertanyaan berhubung program terbabit, boleh hubungi Pusat Khidmat DUN Seri Setia 03-78660107/016-4402050 (Azlan)/018-5973027 (Pegawai Pusat Khidmat Rakyat) atau emel: serisetia32@gmail.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619