EKONOMI

Amal integriti dalam kepimpinan

24 Jan 2019, 2:34 AM
Amal integriti dalam kepimpinan
Amal integriti dalam kepimpinan

OLEH AFEEQA AFEERA

KLANG, 24 JAN: Salah satu kejayaan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) adalah mengamalkan integriti dalam kepimpinan dengan menolak rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Mahmud Abbas berkata, perkara itu sering ditekankan kepada kakitangan kerana rasuah ibarat penyakit yang kian menular dalam masyarakat.

"Setiap minggu, saya akan bercakap perkara itu kerana masyarakat kita banyak ambil rasuah dan syarikat pemaju seperti kami memang senang berkait dengan isu berkenaan.

"Sebab itu, saya tekankan integriti dan akhlak mulia sungguh penting. Kejayaan CSSB ialah pasaran tahu kami tidak ambil rasuah, maka harga ditawarkan adalah kompetitif apabila berurusan dengan pelanggan atau pemaju," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada majlis perpisahannya anjuran kakitangan CSSB, di Selangor Bio Bay Show Gallery, Pulau Indah, semalam.

Berkongsi pengalaman selama tujuh tahun di syarikat berkenaan, Mahmud bangga apabila kakitangan diterapkan dengan elemen kepimpinan dan cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Knowledge Economic City adalah untuk membangunkan Madinah dan memperluaskan peluang perniagaan, di sana.

"Tanggungjawab di sana lebih besar tetapi fokusnya sama iaitu pembangunan, di Madinah.

"Ia adalah peluang untuk berkhidmat kepada agama dan menjadi harapan saya syarikat di Malaysia dapat berniaga di sana dan sebaliknya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619