SELANGOR

Biasiswa Sagong Tasi bukti PAKATAN mampu bela Orang Asal

21 Jan 2019, 12:00 PM
Biasiswa Sagong Tasi bukti PAKATAN mampu bela Orang Asal

OLEH AFIX REDZUAN

JELAI, 21 JAN: Kerajaan Selangor sudah membuktikan pembelaaan terhadap Orang Asal khususnya dalam meningkatkan taraf hidup menerusi pendidikan dengan memperkenalkan Biasiswa Sagong Tasi khususnya buat mereka melanjutkan pelajaran.

Pengerusi Majlis Pimpimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) yang kini sudah mentadbir di peringkat Persekutuan mampu melakukan lebih lagi seperti yang digerakkan Selangor.

"Kami datang ke Pilihan Raya Kecil (PRK) selaku Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 9 Mei tahun lalu.

"Kita datang dahulu selaku pembangkang. Orang boleh kata kita tidak mampu lakukan tetapi saya yakin kali ini kita boleh lakukan kerana kita sudah jadi Kerajaan Persekutuan," katanya pada Majlis Santai Mesra Sewang dan Masyarakat Orang Asal Pos Lanai di sini, hari ini.

Biasiswa Sagong Tasi adalah salah satu bantuan kebajikan yang terdapat dalam program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Masyarakat Orang Asal Pos Lanai terdiri daripada suku kaum Semai mempunyai 426 pengundi berdaftar.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor berkata, pengundi tidak perlu menoleh lagi dan terus memangkah calon PAKATAN, M Manogaran yang berada di kedudukan keempat dalam kertas undi ketika membuang undi pada 26 Januari hadapan.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619