NASIONAL

Hubungan kukuh Malaysia-HongKong jadi asas kerjasama masa depan - MITI

20 Jan 2019, 9:28 AM
Hubungan kukuh Malaysia-HongKong jadi asas kerjasama masa depan - MITI

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Hubungan ekonomi dua hala Malaysia yang kukuh dengan Hong Kong akan meletakkan asas kukuh untuk kerjasama pada masa depan terutama dalam bidang perkhidmatan kewangan, logistik serta inovasi dan teknologi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Hong Kong terus menjadi satu daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan sumber pelaburan langsung asing.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan lawatan kerja dilakukan Darell ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mulai 16 hingga 18 Januari lalu.

Semasa lawatan itu, Darell memenuhi jemputan daripada Ekonomi Times untuk mempengerusikan ‘Mesyuarat Sarapan Pagi CEO’ pada 17 Januari, yang dihadiri 40 ketua pegawai eksekutif dan wakil dari syarikat terpilih di seluruh Asia.

"Satu lagi acara penting lawatan kerja itu ialah pelancaran Program Truly Malaysia (TMP), di mana 'Sudut Produk Malaysia' akan ditubuhkan di lebih daripada 4,500 farmasi di seluruh Hong Kong dan akan memudahkan penembusan pasaran produk Malaysia di kalangan penduduk tempatan dan pelancong China di Hong Kong.

"TMP adalah satu inisiatif yang dihasilkan daripada kerjasama antara MH Cross Border Group, Persatuan Farmasi Cina Hong Kong serta Dewan Perniagaan dan Industri Hong Kong," katanya.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619