NASIONAL

Kemalangan di Jambatan P.Pinang, kereta terhumban ke laut

20 Jan 2019, 3:56 AM
Kemalangan di Jambatan P.Pinang, kereta terhumban ke laut

GEORGE TOWN, 20 JAN: Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini, awal hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Perai, Azlan Hassan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 pagi memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah daripadanya telah terhumban ke dalam laut.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Perai yang tiba di lokasi kejadian, mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan pemandunya berusia 20-an mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan berkenaan.

"Sebuah lagi kereta terbabit dalam kemalangan itu telah terjatuh ke dalam laut namun pihak kami masih belum dapat memastikan jenis kenderaan dan status mangsa di dalam kereta berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Azlan berkata, operasi mencari dan menyelamat kenderaan serta mangsa yang terjatuh ke dalam laut itu dijalankan oleh anggota bomba bersama dengan pasukan Polis Marin.

Sementara itu, seorang pemancing di kawasan tiang bawah Jambatan Pulau Pinang yang mahu dikenali sebagai Azrul, 30-an berkata, semasa kejadian dia sedang memancing bersama dua rakannya sebelum ternampak sebuah kereta terhumban ke dalam laut lalu tenggelam.

Katanya, dia bersama dua rakan cuba mencari mangsa namun tidak menjumpai sesiapa.

"Waktu kereta itu terjatuh memang kami nampak tapi tak sempat perasan jenis kenderaannya. Kami cuba cari mangsa dengan menyuluh guna lampu picit yang kami bawa namun tidak menjumpai sesiapa di tempat kereta terjatuh," katanya.

Beliau berkata, mereka memaklumkan kejadian itu kepada Polis Marin yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

SUMBER: BERNAMA

FOTO: MSTAR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619