NASIONAL

Tunggakan cukai pendapatan, GST dibayar semula berperingkat

18 Jan 2019, 7:09 AM
Tunggakan cukai pendapatan, GST dibayar semula berperingkat

PUTRAJAYA, 18 JAN: Kerajaan kini dalam proses membayar semula tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion, membabitkan cukai pendapatan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tunggakan terdiri daripada RM18 bilion cukai pendapatan dan RM19 bilion bagi GST berdasarkan anggaran dibuat dalam Belanjawan 2019, akan dibayar secara berperingkat dalam tempoh 10 bulan.

"Kami akan memulakan proses pembayaran balik tetapi ia tidak akan dikembalikan sekali gus kerana ia akan menjadi angka yang sangat besar.

"Kami tidak membayarnya lagi tetapi kami berhasrat untuk berbuat demikian dalam tempoh 10 bulan tahun ini," katanya lapor BERNAMA.

Katanya, keputusan untuk tidak membayar tunggakan itu secara sekali gus ekoran berpendapatan ia langkah tidak baik.

"Sekiranya kami membayar balik sekali gus, saya tidak fikir ia baik dan bank kami akan berkata, kenapa anda tidak menyebarkannya supaya anda boleh mendapat kesan pengganda sepenuhnya serta meningkatkan ekonomi tempatan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619