NASIONAL

2 replika MPV PDRM untuk dimenangi

17 Jan 2019, 8:03 AM
2 replika MPV PDRM untuk dimenangi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan dua replika kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Inspira edisi khas buat orang ramai yang menyertai peraduan di laman facebook milik mereka.

PDRM melalui kenyataan berkata, orang ramai hanya perlu mengikuti syarat ditetapkan melalui laman facebook rasmi PDRM, www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

"Bagi yang ingin menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengisikan dialog kreatif pada ruangan komen berdasarkan gambar yang diberikan.

"Peraduan ini dibuka dari 14 hingga 18 Januari ini dan nama pemenang akan diumumkan pada 23 Januari ini serta pemenang juga akan menerima 'goodies' istimewa daripada PDRM," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619