PBT

MPAJ anjur Teater Sasterawan Negara

17 Jan 2019, 2:41 AM
MPAJ anjur Teater Sasterawan Negara

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal menganjurkan Malam Apresiasi Teater Sasterawan Negara dan pementasan teater 'Sirih Bertepuk Pinang Menari', di Auditorium MPAJ Aras 5, di sini, pada 19 dan 20 Januari ini.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad berkata, pementasan itu dijadual bermula jam 8 hingga 10.30 malam sebagai inisiatif memartabatkan seni teater dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan kaum.

"Teater yang berkonsepkan seni muzikal ini akan dilakonkan pelajar sekolah dari sekitar Ampang Jaya, di bawah arahan Fairul Pujangga," katanya dalam kenyataan.

Justeru, orang ramai yang berminat boleh menghubungi Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap untuk mendapatkan tiket serendah RM10 hingga RM15 seorang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619